Luahan Rasa Scha Al Yahya Tentang Kehidupannya.
Ramai yang melihat betapa selesanya kehidupan Scha Al Yahya.
Hidupnya sudah kelihatan sempurna di mata kasar dengan suami, Awal Ashari dan anak comelnya Lara Alana.
Ini di betah oleh beliau apabila orang beranggapan kehidupannya telah sempurna.
Menurutnya tiada yang sempurna kerana masih banyak perkara yang belum di perhalusinya. Walaupun di kurniakan suami yang sangat memahami dan anak yang menjadi perhatian ramai, Scha mengakui hatinya masih lagi berdebar.
Mengakui populariti anaknya , Scha masih belum pasti adakah tindakannya mendedahkan anaknya kepada dunia popular di sukai atau tidak oleh anaknya.
Sekarang mungkin Lara masih belum tahu apa-apa. Mana tahu setelah dia mampu berfikir nanti, dia tidak suka apa yang di dedahkan kepadanya. Itulah perkara yang menghantui Scha sementara menunggu anaknya matang kelak.
Bercerita tentang suami, memang Awal seorang yang sangat cool orangnya. Meskipun kadang-kadang Scha terasa tentang cerita karut yang di sebarkan tentang Lars, Awal masih boleh menahan dan menenangkan keadaan.
Menyedari tentang umur yang makin menginjak dewasa, Scha mengakui dia dalam proses berubah. Mungkin selepas ini dia akan menumpukan perhatian tentang tanggungjawabnya kepada keluarga dan tanggungjawab sosial.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Luahan Rasa Scha Al Yahya Tentang Kehidupannya. "
Post a Comment