Sempena hari lahirnya yangke 33,satu perubahan baik di lakukan oleh Sherry Ibrahim di mana dia telah mula berhijab.
Perubahan Sherry itu bukan sahaja mendapat sokongan daripada ibu bapanya serta peminat tetapi kekasihnya juga Fattah Amin.

Jelas Fattah, beliau merasa cukup gembira dan bersyukur atas perubahan Sherry dan sentiasa akan menyokong beliau daripada belakang. Untuk pengetahuan anda, Fattah juga sering meluahkan hasrat agar kekasihnya itu menutup aurat.
Satu sahaja komen saya ialah Alhamdulillah, akhirnya dia tunaikan hasrat yang selama ini dipendam. Saya akui menjadi antara insan yang sentiasa menasihatkan dia untuk berubah ke arah itu dan semalam (Ahad) dia benar-benar melaksanakannya.
Sebagai teman istimewa, sudah tentu Fattah mengidamkan seorang wanita yang menjaga maruah dan menutup aurat.
Bukan saya sahaja, tapi lelaki-lelaki lain juga mahu seorang perempuan yang baik dan menutup aurat.Cuma saya faham perkara itu tidak boleh dipaksa-paksa dan Alhamdulillah pintu hatinya terbuka untuk itu.

Sebenarnya,memang Fattah telah melakukan sesuatu yang sangat bagus kerana mengajak kekasihnya kearah kebaikan.Semoga mereka berdua terus di rahmati dan di limpahi kebahagiaan.
0 Response to "Pendorong Sebenar Sherry Ibrahim Berubah."
Post a Comment