>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

Kisah Seorang Isteri Yang Taat & Sabar.

Kisah Seorang Isteri Yang Taat & Sabar.



Perkahwinan adalah satu perkara yang dilalui setiap orang.Perkahwinan juga memerlukan persefahaman antara kedua pihak iaitu suami dan isteri bagi membentuk keluarga yang bahagia.




Bagi kami, bila terbaca perihal seorang isteri pemain bolasepak Singapura yang memuatnaik statusnya di IG tentang perjalanan rumahtangganya menjadikan kami terfikir betapa hebatnya ketabahan wanita ini bergelar isteri kepada pemain tersebut.



Melalui statusnya,perkahwinan mereka yang telahpun mencecah usia 7 tahun namun sekalipun mereka tiada berkesempatan untuk berbulan madu! Telah 7 tahun berkahwin tiada sambutan hari ulangtahun ! Tiada erti menyambut harti raya kerana mereka tidak dapat bersama meraikannya.Bahkan ketika anaknya di masukkan ke hospital suaminya juga tidak dapat berada di sisi memberi sokongan moral kepada anaknya.



Memang perit pengorbanan wanita ini sebagai seorang isteri.Semuanya kerana suaminya yang terikat dengan latihan dan tugasanya sebagai pemain bolasepak negaranya.Menurut wanita ini,suaminya sangat komited pada kerjayanya kerana telah menerapkan budaya kerja itu satu ibadah.Tiada alasan untuk bercuti,mahupun mengambil m.c.

Memang kami respect dengan persefahaman pasangan ini.Mungkin mereka tahu yang akan tiba harinya mereka berdua akan habiskan masa bersama-sama sekeluarga tanpa sebarang ganguan.


0 Response to "Kisah Seorang Isteri Yang Taat & Sabar."

Post a Comment