Angkara Myvi anak mangsa kemalangan DUKE BERAYA tanpa ibubapa.
Sedih bila memgenangkan apa yang bakal di tanggung anak mangsa kemalangan DUKE yang menjadi viral pada Mei lepas.Dalam kejadian itu,sekeluarga tiga beranak meninggal dikatakan berpunca daripada tindakan sekumpulan pemandu kelab kereta Myvi berlumba di atas lebuhraya tersebut.
Dan berpunca daripada tindakan mereka, kini tinggal dua anak mangsa iaitu Nur Firuza Amira dan adiknya Nur Firuza Aqilla menyambut lebaran tanpa kedua ibu bapanya.Memang berat apa yang perlu ditanggung oleh kedua beradik ini terutamanya Amira yang sangat rindukan kedua ibubapanya.
Mengikut bapa saudara yang mengambil alih tanggungjawab menjaga kedua beradik itu,Amira kerapkali terjaga malam dan mengigau memanggil bapa dan ibunya.Nampaknya sehingga kini kesan peristiwa itu masih menghantui kanak-kanak itu.Namun perkembangan positifnya pula Amira sudah kembali bergaul berbanding sebelum ini dimana dia lebih banyak termenung dan mendiamkan diri.
Sementara itu,segala urusan berkaitan dengan persekolahan dan keperluan kedua beradik itu mencukupi.Mereka sekarang tinggal di rumah nenek mereka dan turut di jaga oleh ibu saudara mereka.
Kami harap kanak-kanak ini dapat menghadapi kesedihan beraya kali pertama tanpa ibu dah bapa mereka.Menitis air mata mengenangkan kalau perkara ini terjadi kepada anak kita sendiri.
Home » duke »
kemalangan maut »
myvi »
yana fmc
» Angkara Myvi anak mangsa kemalangan DUKE BERAYA tanpa ibubapa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Angkara Myvi anak mangsa kemalangan DUKE BERAYA tanpa ibubapa."
Post a Comment