Beberapa hari ini media hangat dengan isu di antara Tengku Mahkota Johor,Tengku Ismail ibni Tengku Ibrahim dengan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan, Dato seri Mohammed Nazri Aziz.
Isu ini bermula apabila Nazri memberi amaran kepada TMJ agar tidak mencampuri urusan politik negara atau bersedia 'dibelasah 'seperti ahli politik lain.
Tetapi sebenarnya, mengikut sistem Raja Berpelembagaan,hanya Raja atau Sultan yang menduduki takhta atau memerintah sahaja yang terikat dengan dengan sekatan bagi mengulas hal politik,termasuk pemerintahan dan pentadbiran negara.
Mengikut pakar Perlembagaan dan Undang-undang,Universiti Islam Antabangsa,Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz",dari sudut perundangan,Raja dan Sultan di kecualikan kerana kedudukan mereka yang tertinggi dalam hirarki pentadbiran selaku Ketua negeri atau negara,berbeza dengan kerabat yang lain.Jadi, mana-mana kerabat yang tidak berada di dalam sistem pemerintahan adalah boleh melontarkan pandangan dan pendapat masing-masing walaupun berkenaan denganpolitik dan pentadbiran negara".
Berkenaan dengan isu TMJ yang dikatakan tidak mempunyai hak untuk melontarkan pandangan,itu adalah tidak tepat.
"Hanya Sultan dan Raja yang memerintah sahaja tidak boleh komen pasal politik.JIka bakal raja tiada masalah"katanya.
"Jika hujah yang mengatakan TMJ tidak boleh mengulas isu politik dalam negara itu adalah tidak betul kerana baginda bukahlah Sultan yang memerintah".
Tengku Ismail sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan kerana membidas cakap Menteri Kebudayaan dan Perlancongan kerana menegurnya secara kasar apabila baginda mengulas tentang politik di negara ini.
Kata TMJ, apa yang di lakukan bukanlah kerana mahu mengguling atau menjatuhkan kerajaan cuma hanya untuk rakyatnya sahaja.
0 Response to "[PANAS] N4ZRI TIDAK FAHAM KONSEP RAJA BERPELEMBAGAAN."
Post a Comment