[EKSKLUSIF] Punca sebenar Zamarul dan Diana rujuk kembali.
Ramai peminat dunia hiburan mengetahui tentang perkembangan terbaru rumahtangga Zamarul dan Diana.Setelah berpisah hampir 4 bulan,akhirnya rumahtangga mereka teguh kembali setelah mereka rujuk semula.
Persoalan kenapa mereka berpisah sebelum ini masih belum dapat kami ungkaikan.Sangat erat rahsia itu di simpan mereka berdua.
Tapi, ada beberapa sebab yang amat kuat kenapa Diana menerima Zamarul kembali.
Berikut antara luahan Diana.
" Zamarul adalah seorang lelaki yang setia.Sepanjang tempoh berpisah, dia sentiasa cuba memikat saya kembali.Bagi saya sekiranya dia mahu memikat perempuan lain yang lebih cantik memang boleh sangat.Semasa berlakon pun dia di gandingkan dengan wanita-wanita cantik.Namun dia tetap cuba memikat dan menunggu saya.
Zamarul juga seorang suami yang ringan tulang.Sangat rajin membantu mengemas rumah.Salah satu kebolehannya ialah memasang langsir.Dan yang hebat,diaa akan lap pinggan mangkuk hingga berkilat.Jadi, semasa dalam 4 bulan terpisah,rasanya rumah kami kurang kemas kerana tiada sentuhan istimewanya."
Bagi Zamarul pula,hatinya amat tidak tenteram semasa dalam tempoh perpisahan.Yelah,menurutnya banyak jerung di luar sana yang menunggu mangsa.Dan dia juga sangat takut kalau Diana terjumpa lelaki yang lebih baik dari dirinya.Namun, dia percaya cinta mereka berdua masih kuat.Dan pasti akan bersatu kembali.Dan dengan izin Allah akhirnya mereka kembali bersama.
Home » diana »
punca »
rujuk semula »
zamarul
» [EKSKLUSIF] Punca sebenar Zamarul dan Diana rujuk kembali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "[EKSKLUSIF] Punca sebenar Zamarul dan Diana rujuk kembali."
Post a Comment