>
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
>

RAHSIA ! Punca Abby Nikahi Norman.

RAHSIA ! Punca Abby Nikahi Norman.



Sebelum ini berlegar-legar di media sosial tentang satu status yang di update Abby Abadi tentang perkahwinannya terdahulu bersama Norman.Menurutnya perkahwinan itu bukan atas dasar cinta.

Puncanya adalah semasa beberapa hari setelah isteri Norman,Memey melahirkan bayi kedua mereka,Abby Abadi telah datang menziarah.Dan di kesempatan itu,Norman telah mengambil gambar isterinya dan Abby bersama bayi mereka.

Norman turut berkongsi gambar tersebut di instagramnya.Status itu telah mendapat respon peminat.Melihatkan kemesraan antara mereka,ada yang mencadangkan agar Abby kembali kepada Norman.



Di sebabkan cadangan peminat tersebut,Abby telah mengeluarkan status yang menjadi viral dimana dia bernikah dengan Norman bukan atas dasar cinta.Lebih menggemparkan,Abby mengakui ada menyimpan bukti-bukti bergambar tentang perkara itu.Lagi katanya kalau mendapat keizinan daripada Norman barulah dia akan menunjukkan bukti tersebut.

Namun akhirnya,Abby mengambil keputusan untuk terus menutup isu ini di mana rahsia biarlah kekal rahsia.Kita sebagai peminat yang sememangnya ingin mengetahui cerita sebenarnya terpaksalah mengakui itu adalah hak peribadi Abby dan Norman.Mereka ada hak untuk terus merahsiakannya.


0 Response to "RAHSIA ! Punca Abby Nikahi Norman."

Post a Comment