Isu tanda salib besar yang dinaikkan di Taman Medan telah mendapat perhatian umum.Ini kerana tanda salib besar itu telah mendapat bantahan penduduk sekitar.
Namun berlainan pula dengan salah seorang selebriti Malaysia,Wardina Saffiyah.Beliau yang kini menetap di luar negara meluahkan pendapatnya di facebook.Ternyata dia tidak menyetujui tindakan menurunkan tanda salib itu.
Jom baca luahan hatinya.
" Saya harap salib itu kekal di situ. Tolong jangan turunkan. Saya memahami perasaan kenalan penganut Kristian di situ dan meminta maaf kerana kalian sering dibuli oleh sebilangan saudara seislam saya.
Wahai saudara Islam semua, jadilah umat Islam yang sebenar-benarnya. Biarkan penganut agama Kristian juga mendapat hak kebebasan mereka.
Kepada umat Islam di Taman Medan, sikap anda tidak menunjukkan yang anda umat Islam yang sebenar-benarnya."
0 Response to "Luahan Pendapat Wardina Tentang Isu Salib di Taman Medan."
Post a Comment